Aku punya sekeping hati yang apabila tiba di sebuah destinasi cinta yang aku impikan, tidak akan berganjak dan berubah arah.
Sungguh.. melewati usia yang makin mendekati angka 30, aku rasa terlalu banyak kekurangan padaku yang tidak senang-senang orang akan sanggup hadapi apatah lagi orang yang baru ingin hadir. Justeru, bagi aku cinta hanya akan datang sekali.. Betul, cinta itu ada dan bahagia apabila aku bersama F, lelaki yang pada awalnya kawan rapat menjadi teman sejati aku hingga kini.. Memang banyak kekurangannya tetapi aku boleh menerima dirinya seadanya kerana aku tahu aku bukan siapa-siapa. Kami berkongsi pelbagai perkara yang sama, sentiasa membuatkan aku ketawa, membuatkan aku senang dan selesa setiap kali kami bertemu.
Bukan rupa, pangkat dan harta menjadi pandanganku. Aku hanya ingin kebahagiaan dan aku nampak kebahagiaan aku ada padanya. Mengambil iktibar masa lalu, aku tekad bukan semua itu menjadi pegangan, sebaliknya hati budi dan bagaimana dia sabar serta mampu melayan karenah aku menjadi kekuatan perasaan ini padanya.
Benar kata orang, apabila kita di alam pekerjaan, berbeza situasi daripada alam universiti mahupun sekolah. Maka, makin terbuka minda kita malah semakin ramai orang yang dikenali... Dalam pada itu aku menerima pelbagai dugaan yang cuba menguji teguhnya cintaku pada F... Ternyata aku masih sentiasa nampak dia sangat terbaik untuk kehidupan aku pada masa depan. Dan benar, sekeping hati ini hanya ada cinta yang datang sekali.. sejak 2007 hingga kini, (bagi aku 2007 baru aku kenali dunia alam dewasa dan menganggap sebelum-sebelum ini hanya cinta monyet yang tidak ke mana) aku hanya mampu serasi dengan F selepas A meninggalkan aku terkapai-kapai tanpa sebab yang kukuh. memang F menyukai aku sejak aku bersama A, namun prinsip setia aku ketika itu memang aku pegang dan aku tetap bersama A hingga ke jinjang pelamin walaupun ujian berat melanda hubungan kami hingga terlerai ikatan yang dilafaz pada April 2011. Pada ketika itu, F sudah mula melupakan aku setelah aku memilih A, namun masih sentiasa di sisi aku sebagai kawan baik apabila aku memerlukan pertolongan. Tidak disangka,kami kembali rapat dan 2012, kami declare..
bersambung....................
No comments:
Post a Comment