Aku tidak pernah begini.. Tidak pernah mempedulikan insan-insan lain selain F yang aku cintai..
Tapi kali ini seseorang membuatkan aku terfikirkannya.. Dengan tiba-tiba walaupun aku cuba menjauhkan diri.. Sekalipun aku tidak mengenal cinta daripadanya, walaupun ada sedikit rasa cinta dihulurkannya, namun aku tetap teguh mencintai F yang selama ini bersusah senang dengan aku. Namun, anehnya aku pula yang sibuk memikirkan dirinya walhal tiada rasa cinta di hati aku untuk insan itu.
Aku cuma berpendapat dialah satu-satunya kawan rapat yang masih tahan dengan sikap dan karenahku yang adakala tidak tahu menjaga hati. Lepas cakap malah seringkali menyakiti hatinya menyebabkan aku menjadi rasa serba salah sekiranya membiarkan hati yang tulus itu disakiti lama-lama. Tapi pelik kerana dia masih ada walaupun pelbagai kemarahan aku hamburkan padanya.. sangat-sangat pelik. Kenapa perlu ada di saat hati aku sudah terisi dan teguh mencintai kekasihku F?
Sedari dulu, aku memang tidak boleh berkawan lama dengan lelaki yang muda lebih dari diriku. Bukanlah menganggap usia itu sebagai kayu pengukur tetapi sepanjang aku mengenali rakan-rakan yang lebih muda daripadaku, aku tidak boleh menerima sedikit sebanyak sikap dan perilaku mereka sekalipun mereka menunjukkan sikap yang matang. Aku cerewet malah masa mula-mula mengenali F yang tua dua tahun daripada ku itu pun aku memang tidak layan pada awal-awal dia mahu berkawan dengan aku, sehingga kali kedua dia mencuba baru aku terbuka hati untuk berkawan dengannya hinggakan kami sekepala dalam banyak hal..
Sungguh, aku takut kehadiran insan ini dibimbangi menggoyahkan hati aku yang sedia utuh walaupun aku memang sangat-sangat mencintai F.. bagiku, tiada siapa dapat memahami aku melainkan F.. aku merasakan orang lain hanya mampu bertahan denganku mungkin setahun atau lebih awal sekiranya mengenali aku dengan lebih serius. Sedangkan aku dengan F berkawan hampir 7 tahun sebelum serius 2 tahun yang lalu. Itupun pelbagai dugaan yang menggila menguji kami, namun Alhamdulillah F masih ada di sisiku hingga kini. Aku teruja hal itu. Malah F banyak berubah kerana aku. Sudah tahu sabar melayani setiap karenahku...
Doaku, panjangkan jodohku dengan F..mungkin bgi orang lain F biasa-biasa, rupa yang biasa-biasa, jawatan yang biasa-biasa, harta yang biasa-biasa, malah F bukan lelaki romantik yang diidamkan ramai wanita untuk sentiasa bersamanya, tetapi bagiku dia tersangat istimewa, kerana aku menjadi saksi setiap susah payahnya untukku di saat aku tiada apa-apa. Untuk insan itu, persahabatan ini mungkin terindah bagimu tapi percayalah, keindahan ini hanya sementara. Aku kenali siapa diriku.. dan F juga mengenali siapa diriku.
Mustahil, aku akan meninggalkan orang yang selama ini bersusah payah demiku untuk orang lain yang baru kukenali dan rapat tidak sampai setahun. Juga doaku buat insan itu, moga kamu bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik. :)
No comments:
Post a Comment