Thursday, 18 September 2014

#bff


Berdepan dengan orang yang tidak henti-henti 'mengganggu' hidup aku kadangkala memerlukan kesabaran. Kesabaran bermakna kecekalan hati yang sedia terikat pada yang lain sebelumnya. Ketabahan juga sangat-sangat diperlukan di saat ini dalam menghadapi satu ujian yang membolehkan sebuah hati perempuan itu tergugat mahupun berubah.

Hari ini..selepas berhari-hari berminggu dan berbulan-bulan dan mungkin mencecah setahun, aku masih tega pada seorang rakanku,  tetap sebagai rakan..

Sebuah kisah ini bukan la aku mahu memburukkan sesiapa atau memuji sesiapa.. tapi ingin aku luahkan di sini betapa aku tidak suka menjadi yang ketiga apabila aku sudah punya pilihan bahawa aku adalah yang pertama dalam hidup orang lainnya.

Aku kenal budak bawah umur ni (aku memain cakap bwh umur sbb dia muda dari aku) masa memula beliau datang ke negeri Perlis yang permai lagi mempersona ini.. Masa tu aku pun masih kerja bidang yang sama.. tapi aku tengok dia ni poyo gelabah menda tah.. pastu tak cakap dengan orang (eh sombong plak budak bawah umur ni).. aku terjumpa dia masa job di istana.. Dahla hang baru kat sini, pastu buat tak cakap dengan orang. Penampaq satg ilang muka serius hg tu.. hahaha..

Sebelum beliau datang aku penah diberitahu oleh rakan kerja aku yang mengenali beliau bahawa beliau akan datang ke sini. Kata rakan sekerja aku tu, budak ni hensem.. boleh ar buat stok2 hang kan.. (ceh hampeh.. hg igt aku minat sangat lelaki hensem?? bf aku pun biasa2 ja ) aku kata, oii plz la..kenai pun tak nk buat stok aku apa bendanya, sesuka hati nak buat gosip.

Okeh gosip tu tak terjadi masa mula2 beliau datang.Sebab aku tak heran langsung dengan beliau walaupun rakan kerja aku yang sorang ni dok bunyi2 nak kenen2kan aku dengan dia. Tp sebab dia tau bdk bwh umur tu ada gelpren dia x berani over sangat,,hahaha padan muka.. eh,,aku pun ada boipren nah.. jgn nak memandai!


Entah kurun ke berapa aku mula tegur dan bercakap dengan bdk bawah umur ni, maybe sebab aku ni friendly (friendly okkkay bkn menggatal).. lagipun bdk bawah umur ni bkn taste aku sebab dia kurus dan mmg bawah umur pada aku.. sorryy sangatt..

Aku mula rapat dengan bdk bawah umur ni masa PRU.. tp masa tu bukannya ada apa-apa..hanya sebab aku ni sengal sikit plus beliau pun sengal2 ayam. dalam hati menyampah jugak kdg2 kt mamat ni..

Lepas2 tu aku buat x heran dan buat hal aku mcm biasa til aku masuk keja gomen...tetap bertegur dan bersembang mcm biasa bila terjumpa..masa tu dah dengar gosip2.. dan bila aku rasa dia makin pelik aku mula pelik jugak.. so aku selalu mengelak dan tidak respon  dengan beliau apabila beliau cuba menghubungi aku.. tah kenapa aku pelik.. dua tiga kali jugak la aku buat diam dan tidak bertegur dgn beliau.tapi masa tu beliau tidak memberitahu apa2 lagi...

ohya sebelum tu, aku selalu nampak dia macam tak okay.. tah, macam orang mati bini. monyok dan buat muka macam hantu (hantu pun elok lagi kot). pastu aku borak2 dgn beliau bila terjumpa di tempat keja aku sebab dia datang cover.... bkn la aku menyibuk.. ada la beliau bgtau aku yang beliau gaduh dgn awek beliau yg cun tu... (mmg awek beliau cun n cute). dia x da la ceta semua tapi dia bgtau la punca2nya..aku pun dengar n cuba fahami dan lazimnya sbg kakak2 yang berpengalaman nih (cewahh) aku pun nasihatkan beliau... sebab dari cara beliau cerita tu sebenarnya aku pun macam tuhhh...tapi dulu la time zaman aku tak boleh pikir panjang dan terlalu ikut darah muda panas lagi kan)

Seriously, perempuan memang camtu..sebab aku memang begitu dulu.. tiada apa nak dihairankan cuma terpulang pada si partner bagaimana nak handlenya.. dannnn sebab itu lah taste aku adalah lelaki yang lebih tua daripada aku.. sebab apabila diaorang lebih matang dari perempuan , diorang akan tahu juga bagaimana nak handle.. jangan lupa hokkay mostly perempuan cepat matang daripada lelaki yeee... tapi sematang-matang bopren aku tuh pun tak senang jugak nak handle aku yang perangai cam hampeh kadang2 tuh... mmg kesabaran dia selalu tercabar gilerrr tapi he always stand here .. beside me...walaupun adakala dia give up fed up tahap cipan dengan aku.. sebab aku macam biasa nak jugak aku betul.. tapi bezanya aku cepat marah tapi cepat cool....Namun, kami jarang nak melafazkan kata maaf antara satu sama lain selepas bergaduh.. bukan ego tetapi perkataan maaf yang terkeluar selepas dah reda tu hanya cuba membangkitkan kembali kepanasan tadi...


So lebih baik, boifren aku tu call/sms/whtsapp macam tak ada apa2 berlaku. Sebelum2 ni pun aku tak boleh terima camtu.. aku masih rasa tak puas hati bila boifren aku x mengalah or tak cakap maaf,or tak pujuk aku (dan sememangnya boifren aku tak akan pujuk aku. nisbah 1:10 la dia nak pujuk aku) sehingga kan now kami tetap bersama even bertahun2..walaupun muncul pelbagai dugaan including pihak ketiga yang cuba2 mencelah , tapi lama kelamaan aku dah terbiasa dengan boifren aku yang capang2 ubi nih..dah jadi lali, dan jadi sangat2 memahami antara satu sama lain..

Tipu la kalau tak ada gaduh2 sikit kan.. tetap ada tapi tidak melarat2 sampai timbul tak puas hati yang amat sangat.. maybe jugak faktor umur.. helo aku dah berusia 27 tahun dan bukan bawah umur lagi dah,.,boifren aku pun dah 29.. tak kan nak gaduh2 macam bdk sekolah lagi tak?? Jadi, cuba ambik pendekatan makin gaduh makin kita nak tengok muka dia.. dan bukan menanamkan rasa benci..


Okay berbalik kepada bdk bawah umur tadi (hehehe., sorry).. penat aku bebel kat dia..perempuan mmg bgtu begini.. tapi tah bilanya diorang tak sehaluan.. aku pun dengar la dua tiga kali dia bgtau dia dah tak ada apa2 dengan gadis kurus cun tu... hmmm.. hmm..so mgkin la kan situasi diorg tak sama macam situasi aku.. aku pun ada cakap, cuba lah ok kan semula hubungan korang tuh.. sayang sgt sebab dah lama kawan kenal dan family semua dah tahu.. dan aku pun opkos la tetap mendoakan kebahagiaan kawan2...tapi tak tahu la

Selepas tu aku tengok diorang ok juga tapi sebagai kawan. Entah celah mana aku pun tak tahu tetiba beliau meluahkan perasaan pada aku,, Eh aku erkkk...macam terkejut dan menjauhkan diri.. Sebab aku tak suka orang minat kat aku apatah lagi sedia maklum aku dah ada boifren kannnn.. Tapi beliau nih even aku tak respon tak balas tak jawab call, maintain ja ada SMS beliau... dan macam biasa aku biarkan ia tidak berbalas..


Mungkin lama kelamaan aku tak lepas jugak nak kena hadap beliau apabila berurusan jadi aku baik semula dengan beliau sampai sekarang even ada la beberapa kali aku buat tak tau dan menyampah dengan beliau.. aku kalau kurang berkenan apa2 mmg tak cakap banyak, buat dono terus! Tapi bagaimana pun hati aku masih kuat dan kental sebab aku pun dah makin serius dengan boifren aku. Kitorang dah bertunang dan akan kahwin penghujung November ni.. Aku happy sangat2 dan mendoakan jodoh aku dan tunang aku nih kekal hingga ke syurga.. Tapi pada masa yang sama masih menjadi pendengar yang baik untuk bdk bawah umur yang aku label mungkin #bff aku jugak.

Btw to my #bff.. Aku doakan hang akan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini. Bunga bukan sekuntum dan walaupun kuntuman tu tak sama tapi pasti ada yang akan melekat di jiwa kumbang hang tuhhh. cepat atau lambat jaa.....dan percaya lah pada qada dan qadar.. aku pernah melalui kehidupan yang jauh lebih berliku daripada ini.. goodluck..!

Tuesday, 1 July 2014

hanya kernamu F

Dalam menilai cinta, bukan sifat romantis yang aku harapkan..

Juga bukan harta mahupun rupa... sungguh tegar hati aku untuk F.. masih kuat rupanya walaupun kadangkala
aku seolah-olah dilema.. Kenapa aku memilih dia?

*pertama, aku terkenangkan saat pertama dia cuba menawan hati aku.. aku bukan mudah tewas pada janji dan pujuk rayu... apatah lagi dengan penipuan.. kerna aku sudah terbiasa untuk mengenal yang mana tipu yang mana ikhlas dari hati.. pengalaman masa lalu banyak mengajar aku. . aku masih ingat bagaimana F, seorang lelaki yang awalnya playboy dengan berjenis2 perempuan tetapi akhirnya boleh menangis kerana takut kehilangan aku, sedangkan perempuan-perempuan yang sebelum ini disisinya, dia biarkan saja.

*kedua, dia tak pandai berjiwang.. tak pandai bermadah-madah cinta, dan kami punya jiwa yang sama, yang tidak boleh memendam rasa.. segala rasa tidak puas hati kami hamburkan walaupun terjadi pertelingkahan namun Alhamdullillah, hati kami masih kuat antara satu sama lain. selalu pertelingkahan tidak lama, masing-masing akan mencari kembali dan tersenyum seolah-olah tiada apa berlaku. pendek kata, aku tidak perlu serabut dan pening lama2 kerana dia..kerana kami akan baik-baik saja selepas itu..

*ketiga, tika aku susah, dia setia menjagaku.. membantuku.. malah sanggup berhabisan walaupun dia kurang ada.. tapi demi aku dia sanggup asalkan aku tidak menyendiri.. terima kasih F atas pengorbanan sebelum ini.. terlalu banyak...

*keempat, kami punya minat yang sama. kalau dia suka menonton wayang dan berjalan-jalan, dia juga begitu.

*kelima, dia sentiasa menjaga penampilan even kadang2 penampilan yang biasa2..

*keenam, kerana memang aku hanya cintakannya seorang........

F....maafkan aku andai aku banyak melukakan hatimu.............................................. :'/

Sunday, 15 June 2014

Masa

Hari berganti hari..

Benar, masa boleh mengubah.. Masa boleh jadi pengubat.. Masa juga mampu meredakan kemarahan..
Masa juga datang dan pergi serta tidak boleh diundur kembali..

Tetapi masa itu adakala membuat fikiranku serabut sama sekali. Aku cuba menafikan. Mengelak.
Semakin aku mengelak semakin pula mendekat.. hampeh! Aku ke tak cukup kuat dan kental..?

Aku membuat pelbagai telahan.. pelbagai andaian pada diriku sendiri.. Mungkin dan mungkin...
Yes.. dan segalanya mungkin..

Tuhan...kuatkan lah hati ini....

Wednesday, 9 April 2014

Arah


Hari ini hari Khamis. Sebaik bangun aku melihat skrin handphone Note 3 aku dan melihat beberapa whatsapp. Perkara pertama yang aku lihat ialah Whatapps daripada kesayanganku F... Aku tersenyum membacanya kerana dia curiga disebabkan aku tidur awal dan tidak mempercayainya. Katanya, dia berhasrat call emak aku untuk bertanyakan samada aku berada di rumah atau keluar dengan menipunya bahawa tidur di rumah, tetapi dimatikan niatnya itu..hahaha..

Sungguh F jarang menunjukkan keprihatinan atau menunjukkan sayangnya padaku. Aku sudah terbiasa berdikari. Dia bukan seorang yang cemburu buta, tetapi seringkali menitipkan pesan agar sentiasa ingat padanya walau apapun aku lakukan. Selalunya dia hanya mempamerkan semua itu melalui perbuatannya secara gurauan sepertimana dia menyatakan curiganya apabila aku tidur awal itu.

Whatsapp seterusnya daripada rakan baikku.. Ayat-ayat manis dan romantik. Mungkin meninggalkan sedikit kesan di hati tapi belum tentu dapat menawan hatiku. Aku menghargainya. Menghargai sikap mengambil berat dan menjaga hatiku. Kadang-kadang aku rasa aku boleh serasi dan adakala aku rasa tidak boleh serasi dengannya. Keadaan ini membuatkan hati aku tidak mampu tergugat walaupun ayat-ayat romantisnya menghiasi hari-hariku.

Selesai bersiap aku keluar dari rumah menuju ke Pauh, di mana pejabatku terletak. Dengan kelajuan 90km/j (bimbang speedtrap) aku mengelamun memikirkan masa depan. Berita mengenai bigboss aku yang akan menerima jawatan lain di KL membuatkan aku banyak berfikir. Hal ini kerana aku masuk bekerja di sini atas tiket beliau yang menawarkan jawatan di pejabatnya kepadaku. Pelbagai pendapat daripada rakan baik aku, aku cuba cernakan... moga-moga aku ada keputusan yang tepat bersesuaian dengan pengalaman dan bidang yang aku ceburi semasa menuntut di universiti sebelum ini. Aku perlu bertukar ke pejabat lain selepas ketiadaannya. Walaupun dalam hati bersedih kerana perlu terpisah dengan rakan-rakan pejabat yang sudah serasi denganku, (kerana mereka akan kembali ke pejabat asal mereka dan ada yang menerima tawaran lebih baik di tempat lain)..


Life must goes on.


Monday, 31 March 2014

Dengarlah Bintang Hatiku... F

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepati 
Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepat 

Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Karena bagiku…. 
Engkaulah nyawaku…

Sunday, 30 March 2014

Ini Bukan Dilema

Aku  tidak pernah begini.. Tidak pernah mempedulikan insan-insan lain selain F yang aku cintai..

Tapi kali ini seseorang membuatkan aku terfikirkannya.. Dengan tiba-tiba walaupun aku cuba menjauhkan diri.. Sekalipun aku tidak mengenal cinta daripadanya, walaupun ada sedikit rasa cinta dihulurkannya, namun aku tetap teguh mencintai F yang selama ini bersusah senang dengan aku. Namun, anehnya aku pula yang sibuk memikirkan dirinya walhal tiada rasa cinta di hati aku untuk insan itu.


Aku cuma berpendapat dialah satu-satunya kawan rapat yang masih tahan dengan sikap dan karenahku yang adakala tidak tahu menjaga hati. Lepas cakap malah seringkali  menyakiti hatinya menyebabkan aku menjadi rasa serba salah sekiranya membiarkan hati yang tulus itu disakiti lama-lama. Tapi pelik kerana dia masih ada walaupun pelbagai kemarahan aku hamburkan padanya.. sangat-sangat pelik. Kenapa perlu ada di saat hati aku sudah terisi dan teguh mencintai kekasihku F?

Sedari dulu, aku memang tidak boleh berkawan lama dengan lelaki yang muda lebih dari diriku. Bukanlah menganggap usia itu sebagai kayu pengukur tetapi sepanjang aku mengenali rakan-rakan yang lebih muda daripadaku, aku tidak boleh menerima sedikit sebanyak sikap dan perilaku mereka sekalipun mereka menunjukkan sikap yang matang. Aku cerewet malah masa mula-mula mengenali F yang tua dua tahun daripada ku itu pun aku memang tidak layan pada awal-awal dia mahu berkawan dengan aku, sehingga kali kedua dia mencuba baru aku terbuka hati untuk berkawan dengannya hinggakan kami sekepala dalam banyak hal..


Sungguh, aku takut kehadiran insan ini dibimbangi menggoyahkan hati aku yang sedia utuh walaupun aku memang sangat-sangat mencintai F.. bagiku, tiada siapa dapat memahami aku melainkan F.. aku merasakan orang lain hanya mampu bertahan denganku mungkin setahun atau lebih awal sekiranya mengenali aku dengan lebih serius. Sedangkan aku dengan F berkawan hampir 7 tahun sebelum serius 2 tahun yang lalu. Itupun pelbagai dugaan yang menggila menguji kami, namun Alhamdulillah F masih ada di sisiku hingga kini. Aku teruja hal itu. Malah F banyak berubah kerana aku. Sudah tahu sabar melayani setiap karenahku...

Doaku, panjangkan jodohku dengan F..mungkin bgi orang lain F biasa-biasa, rupa yang biasa-biasa, jawatan yang biasa-biasa, harta yang biasa-biasa, malah F bukan lelaki romantik yang diidamkan ramai wanita untuk sentiasa bersamanya, tetapi bagiku dia tersangat istimewa, kerana aku menjadi saksi setiap susah payahnya untukku di saat aku tiada apa-apa. Untuk insan itu, persahabatan ini mungkin terindah bagimu tapi percayalah, keindahan ini hanya sementara. Aku kenali siapa diriku.. dan F juga mengenali siapa diriku.
Mustahil, aku akan meninggalkan orang yang selama ini bersusah payah demiku untuk orang lain yang baru kukenali dan rapat tidak sampai setahun. Juga doaku buat insan itu, moga kamu bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik.  :)


Friday, 28 March 2014

Sekeping Hati

Aku punya sekeping hati yang apabila tiba di sebuah destinasi cinta yang aku impikan, tidak akan berganjak dan berubah arah.

Sungguh.. melewati usia yang makin mendekati angka 30, aku rasa terlalu banyak kekurangan padaku yang tidak senang-senang orang akan sanggup hadapi apatah lagi orang yang baru ingin hadir. Justeru, bagi aku cinta hanya akan datang sekali.. Betul, cinta itu ada dan bahagia apabila aku bersama F, lelaki yang pada awalnya kawan rapat menjadi teman sejati aku hingga kini.. Memang banyak kekurangannya tetapi aku boleh menerima dirinya seadanya kerana aku tahu aku bukan siapa-siapa. Kami berkongsi pelbagai perkara yang sama, sentiasa membuatkan aku ketawa, membuatkan aku senang dan selesa setiap kali kami bertemu.
Bukan rupa, pangkat dan harta menjadi pandanganku. Aku hanya ingin kebahagiaan dan aku nampak kebahagiaan aku ada padanya. Mengambil iktibar masa lalu, aku tekad bukan semua itu menjadi pegangan, sebaliknya hati budi dan bagaimana dia sabar serta mampu melayan karenah aku menjadi kekuatan perasaan ini padanya.

Benar kata orang, apabila kita di alam pekerjaan, berbeza situasi daripada alam universiti mahupun sekolah. Maka, makin terbuka minda kita malah semakin ramai orang yang dikenali... Dalam pada itu aku menerima pelbagai dugaan yang cuba menguji teguhnya cintaku pada F... Ternyata aku masih sentiasa nampak dia sangat terbaik untuk kehidupan aku pada masa depan. Dan benar, sekeping hati ini hanya ada cinta yang datang sekali.. sejak 2007 hingga kini, (bagi aku 2007 baru aku kenali dunia alam dewasa dan menganggap sebelum-sebelum  ini hanya cinta monyet yang tidak ke mana) aku hanya mampu serasi dengan F selepas A meninggalkan aku terkapai-kapai tanpa sebab yang kukuh. memang F menyukai aku sejak aku bersama A, namun prinsip setia aku ketika itu memang aku pegang dan aku tetap bersama A hingga ke jinjang pelamin walaupun ujian berat melanda hubungan kami hingga terlerai ikatan yang dilafaz pada April 2011. Pada ketika itu, F sudah mula melupakan aku setelah aku memilih A, namun masih sentiasa di sisi aku sebagai kawan baik apabila aku memerlukan pertolongan. Tidak disangka,kami kembali rapat dan 2012, kami declare..

bersambung....................