Wednesday, 9 April 2014

Arah


Hari ini hari Khamis. Sebaik bangun aku melihat skrin handphone Note 3 aku dan melihat beberapa whatsapp. Perkara pertama yang aku lihat ialah Whatapps daripada kesayanganku F... Aku tersenyum membacanya kerana dia curiga disebabkan aku tidur awal dan tidak mempercayainya. Katanya, dia berhasrat call emak aku untuk bertanyakan samada aku berada di rumah atau keluar dengan menipunya bahawa tidur di rumah, tetapi dimatikan niatnya itu..hahaha..

Sungguh F jarang menunjukkan keprihatinan atau menunjukkan sayangnya padaku. Aku sudah terbiasa berdikari. Dia bukan seorang yang cemburu buta, tetapi seringkali menitipkan pesan agar sentiasa ingat padanya walau apapun aku lakukan. Selalunya dia hanya mempamerkan semua itu melalui perbuatannya secara gurauan sepertimana dia menyatakan curiganya apabila aku tidur awal itu.

Whatsapp seterusnya daripada rakan baikku.. Ayat-ayat manis dan romantik. Mungkin meninggalkan sedikit kesan di hati tapi belum tentu dapat menawan hatiku. Aku menghargainya. Menghargai sikap mengambil berat dan menjaga hatiku. Kadang-kadang aku rasa aku boleh serasi dan adakala aku rasa tidak boleh serasi dengannya. Keadaan ini membuatkan hati aku tidak mampu tergugat walaupun ayat-ayat romantisnya menghiasi hari-hariku.

Selesai bersiap aku keluar dari rumah menuju ke Pauh, di mana pejabatku terletak. Dengan kelajuan 90km/j (bimbang speedtrap) aku mengelamun memikirkan masa depan. Berita mengenai bigboss aku yang akan menerima jawatan lain di KL membuatkan aku banyak berfikir. Hal ini kerana aku masuk bekerja di sini atas tiket beliau yang menawarkan jawatan di pejabatnya kepadaku. Pelbagai pendapat daripada rakan baik aku, aku cuba cernakan... moga-moga aku ada keputusan yang tepat bersesuaian dengan pengalaman dan bidang yang aku ceburi semasa menuntut di universiti sebelum ini. Aku perlu bertukar ke pejabat lain selepas ketiadaannya. Walaupun dalam hati bersedih kerana perlu terpisah dengan rakan-rakan pejabat yang sudah serasi denganku, (kerana mereka akan kembali ke pejabat asal mereka dan ada yang menerima tawaran lebih baik di tempat lain)..


Life must goes on.