Wednesday, 26 March 2014

alkisah di pejabatku



aku rasa ini blog kelima aku penah ada..hekk.,..sebab 3 blog lain aku tidak ingat langsung password.. dan malas nak mencari..ada satu blog aktif namun banyak berkaitan dengan kehidupan peribadiku.

Sedar tidak sedar sudah masuk bulan kelapan aku bekerja di IPTA di negeri Perlis ini. Kadangkala agak tekanan dengan pelbagai kerja yang sebelum ini tidak pernah aku lakukan. Namun aku nekad dan sentiasa mencuba walaupun seringkali berdepan pelbagai cobaan. Hal ini kerana aku bekerja di pejabat Big Boss dan bukan boss biasa-biasa. Dan sudah tentu kerja-kerjanya sangat tinggi kelasnya.. Dan aku antara yang paling nervous menghadapinya.

Namun demikian, sekalipun aku berada di sini...yang dikatakan orang sebagai kedudukan yang kononnya selesa kerana boleh berdamping dekat dengan bigboss.. Mungkin bagi mereka itu sebagai peluang yang sangat baik sekiranya mereka adalah orang yang kuat mengipas. Seriously, aku di sini kerana hendak mencari rezeki dan tidak pernah terlintas langsung untuk menggapai sesuatu yang lebih kemampuanku dengan hanya membodek. Ini bukan prinsip hidup aku.

Suatu hari aku menerima perkhabaran bahawa pejabat bigbos akan menerima seorang ahli baru. Aku dengan hati terbuka menerima perkhabaran itu sambil menguruskan segala hal kelengkapan pejabat untuknya. Tetapi sementara itu, aku dengan rela hati membenarkan dia menggunakan komputerku untuk menyelesaikan kerja-kerjanya memandangkan sepanjang ketiadaan bigboss ke luar negara, aku tidak banyak kerja hendak dilakukan.

Dia adalah staff lama tetapi ditukarkan ke sini selepas bigbos aku dilantik sebagai pengerusi bagi mewakili IPTA/S lain seluruh negara bagi membantu jawatankuasa berkenaan. Aku dengan positif melayannya dengan baik sekalipun jika diikutkan gred dan pangkat aku lebih tinggi daripadanya. Tetapi, bagiku, apa ada pada jawatan justeru aku lebih suka low profile dan sentiasa merendah diri. Aku sangat bertolak ansur dan cuba memahami situasi orang lain. Sungguh, jawatan aku yang dikategorikan sebagai profesional melayakkan aku lebih tegas, lebih kerek lebih kuasa namun aku tidak mahu dilabel sebagai seoramg yang sombong dan riak justeru aku mengambil pendekatan untuk baik dengan semua orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Sayangnya, ahli baru pejabat ini rupanya sanggup mengutuk hal-hal aku lakukan di pejabat ini kepada rakan baikku tanpa mengetahui aku dan rakanku itu sangat rapat dan berkongsi segala rahsia kehidupan. Betapa aku rasa sangat ralat kerana kebaikan aku selama ini dibalas dengan herdikan sedemikian rupa di belakangku.. inilah diibaratkan sebagai kaduk naik junjung.. malah seperti melepaskan anjing tersepit...

Aku akan cuba bersabar selagi dayaku.. cuba tidak melatah dan cuba cuba untuk berhati-hati. Aku tidak mengharapkan apa-apa, yg aku harapkan aku dapat terus mencari rezeki yang halal buat keluargaku yang tercinta.



No comments:

Post a Comment