Monday, 31 March 2014

Dengarlah Bintang Hatiku... F

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepati 
Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepat 

Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Karena bagiku…. 
Engkaulah nyawaku…

Sunday, 30 March 2014

Ini Bukan Dilema

Aku  tidak pernah begini.. Tidak pernah mempedulikan insan-insan lain selain F yang aku cintai..

Tapi kali ini seseorang membuatkan aku terfikirkannya.. Dengan tiba-tiba walaupun aku cuba menjauhkan diri.. Sekalipun aku tidak mengenal cinta daripadanya, walaupun ada sedikit rasa cinta dihulurkannya, namun aku tetap teguh mencintai F yang selama ini bersusah senang dengan aku. Namun, anehnya aku pula yang sibuk memikirkan dirinya walhal tiada rasa cinta di hati aku untuk insan itu.


Aku cuma berpendapat dialah satu-satunya kawan rapat yang masih tahan dengan sikap dan karenahku yang adakala tidak tahu menjaga hati. Lepas cakap malah seringkali  menyakiti hatinya menyebabkan aku menjadi rasa serba salah sekiranya membiarkan hati yang tulus itu disakiti lama-lama. Tapi pelik kerana dia masih ada walaupun pelbagai kemarahan aku hamburkan padanya.. sangat-sangat pelik. Kenapa perlu ada di saat hati aku sudah terisi dan teguh mencintai kekasihku F?

Sedari dulu, aku memang tidak boleh berkawan lama dengan lelaki yang muda lebih dari diriku. Bukanlah menganggap usia itu sebagai kayu pengukur tetapi sepanjang aku mengenali rakan-rakan yang lebih muda daripadaku, aku tidak boleh menerima sedikit sebanyak sikap dan perilaku mereka sekalipun mereka menunjukkan sikap yang matang. Aku cerewet malah masa mula-mula mengenali F yang tua dua tahun daripada ku itu pun aku memang tidak layan pada awal-awal dia mahu berkawan dengan aku, sehingga kali kedua dia mencuba baru aku terbuka hati untuk berkawan dengannya hinggakan kami sekepala dalam banyak hal..


Sungguh, aku takut kehadiran insan ini dibimbangi menggoyahkan hati aku yang sedia utuh walaupun aku memang sangat-sangat mencintai F.. bagiku, tiada siapa dapat memahami aku melainkan F.. aku merasakan orang lain hanya mampu bertahan denganku mungkin setahun atau lebih awal sekiranya mengenali aku dengan lebih serius. Sedangkan aku dengan F berkawan hampir 7 tahun sebelum serius 2 tahun yang lalu. Itupun pelbagai dugaan yang menggila menguji kami, namun Alhamdulillah F masih ada di sisiku hingga kini. Aku teruja hal itu. Malah F banyak berubah kerana aku. Sudah tahu sabar melayani setiap karenahku...

Doaku, panjangkan jodohku dengan F..mungkin bgi orang lain F biasa-biasa, rupa yang biasa-biasa, jawatan yang biasa-biasa, harta yang biasa-biasa, malah F bukan lelaki romantik yang diidamkan ramai wanita untuk sentiasa bersamanya, tetapi bagiku dia tersangat istimewa, kerana aku menjadi saksi setiap susah payahnya untukku di saat aku tiada apa-apa. Untuk insan itu, persahabatan ini mungkin terindah bagimu tapi percayalah, keindahan ini hanya sementara. Aku kenali siapa diriku.. dan F juga mengenali siapa diriku.
Mustahil, aku akan meninggalkan orang yang selama ini bersusah payah demiku untuk orang lain yang baru kukenali dan rapat tidak sampai setahun. Juga doaku buat insan itu, moga kamu bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik.  :)


Friday, 28 March 2014

Sekeping Hati

Aku punya sekeping hati yang apabila tiba di sebuah destinasi cinta yang aku impikan, tidak akan berganjak dan berubah arah.

Sungguh.. melewati usia yang makin mendekati angka 30, aku rasa terlalu banyak kekurangan padaku yang tidak senang-senang orang akan sanggup hadapi apatah lagi orang yang baru ingin hadir. Justeru, bagi aku cinta hanya akan datang sekali.. Betul, cinta itu ada dan bahagia apabila aku bersama F, lelaki yang pada awalnya kawan rapat menjadi teman sejati aku hingga kini.. Memang banyak kekurangannya tetapi aku boleh menerima dirinya seadanya kerana aku tahu aku bukan siapa-siapa. Kami berkongsi pelbagai perkara yang sama, sentiasa membuatkan aku ketawa, membuatkan aku senang dan selesa setiap kali kami bertemu.
Bukan rupa, pangkat dan harta menjadi pandanganku. Aku hanya ingin kebahagiaan dan aku nampak kebahagiaan aku ada padanya. Mengambil iktibar masa lalu, aku tekad bukan semua itu menjadi pegangan, sebaliknya hati budi dan bagaimana dia sabar serta mampu melayan karenah aku menjadi kekuatan perasaan ini padanya.

Benar kata orang, apabila kita di alam pekerjaan, berbeza situasi daripada alam universiti mahupun sekolah. Maka, makin terbuka minda kita malah semakin ramai orang yang dikenali... Dalam pada itu aku menerima pelbagai dugaan yang cuba menguji teguhnya cintaku pada F... Ternyata aku masih sentiasa nampak dia sangat terbaik untuk kehidupan aku pada masa depan. Dan benar, sekeping hati ini hanya ada cinta yang datang sekali.. sejak 2007 hingga kini, (bagi aku 2007 baru aku kenali dunia alam dewasa dan menganggap sebelum-sebelum  ini hanya cinta monyet yang tidak ke mana) aku hanya mampu serasi dengan F selepas A meninggalkan aku terkapai-kapai tanpa sebab yang kukuh. memang F menyukai aku sejak aku bersama A, namun prinsip setia aku ketika itu memang aku pegang dan aku tetap bersama A hingga ke jinjang pelamin walaupun ujian berat melanda hubungan kami hingga terlerai ikatan yang dilafaz pada April 2011. Pada ketika itu, F sudah mula melupakan aku setelah aku memilih A, namun masih sentiasa di sisi aku sebagai kawan baik apabila aku memerlukan pertolongan. Tidak disangka,kami kembali rapat dan 2012, kami declare..

bersambung....................



Wednesday, 26 March 2014

alkisah di pejabatku



aku rasa ini blog kelima aku penah ada..hekk.,..sebab 3 blog lain aku tidak ingat langsung password.. dan malas nak mencari..ada satu blog aktif namun banyak berkaitan dengan kehidupan peribadiku.

Sedar tidak sedar sudah masuk bulan kelapan aku bekerja di IPTA di negeri Perlis ini. Kadangkala agak tekanan dengan pelbagai kerja yang sebelum ini tidak pernah aku lakukan. Namun aku nekad dan sentiasa mencuba walaupun seringkali berdepan pelbagai cobaan. Hal ini kerana aku bekerja di pejabat Big Boss dan bukan boss biasa-biasa. Dan sudah tentu kerja-kerjanya sangat tinggi kelasnya.. Dan aku antara yang paling nervous menghadapinya.

Namun demikian, sekalipun aku berada di sini...yang dikatakan orang sebagai kedudukan yang kononnya selesa kerana boleh berdamping dekat dengan bigboss.. Mungkin bagi mereka itu sebagai peluang yang sangat baik sekiranya mereka adalah orang yang kuat mengipas. Seriously, aku di sini kerana hendak mencari rezeki dan tidak pernah terlintas langsung untuk menggapai sesuatu yang lebih kemampuanku dengan hanya membodek. Ini bukan prinsip hidup aku.

Suatu hari aku menerima perkhabaran bahawa pejabat bigbos akan menerima seorang ahli baru. Aku dengan hati terbuka menerima perkhabaran itu sambil menguruskan segala hal kelengkapan pejabat untuknya. Tetapi sementara itu, aku dengan rela hati membenarkan dia menggunakan komputerku untuk menyelesaikan kerja-kerjanya memandangkan sepanjang ketiadaan bigboss ke luar negara, aku tidak banyak kerja hendak dilakukan.

Dia adalah staff lama tetapi ditukarkan ke sini selepas bigbos aku dilantik sebagai pengerusi bagi mewakili IPTA/S lain seluruh negara bagi membantu jawatankuasa berkenaan. Aku dengan positif melayannya dengan baik sekalipun jika diikutkan gred dan pangkat aku lebih tinggi daripadanya. Tetapi, bagiku, apa ada pada jawatan justeru aku lebih suka low profile dan sentiasa merendah diri. Aku sangat bertolak ansur dan cuba memahami situasi orang lain. Sungguh, jawatan aku yang dikategorikan sebagai profesional melayakkan aku lebih tegas, lebih kerek lebih kuasa namun aku tidak mahu dilabel sebagai seoramg yang sombong dan riak justeru aku mengambil pendekatan untuk baik dengan semua orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Sayangnya, ahli baru pejabat ini rupanya sanggup mengutuk hal-hal aku lakukan di pejabat ini kepada rakan baikku tanpa mengetahui aku dan rakanku itu sangat rapat dan berkongsi segala rahsia kehidupan. Betapa aku rasa sangat ralat kerana kebaikan aku selama ini dibalas dengan herdikan sedemikian rupa di belakangku.. inilah diibaratkan sebagai kaduk naik junjung.. malah seperti melepaskan anjing tersepit...

Aku akan cuba bersabar selagi dayaku.. cuba tidak melatah dan cuba cuba untuk berhati-hati. Aku tidak mengharapkan apa-apa, yg aku harapkan aku dapat terus mencari rezeki yang halal buat keluargaku yang tercinta.