Thursday, 18 September 2014

#bff


Berdepan dengan orang yang tidak henti-henti 'mengganggu' hidup aku kadangkala memerlukan kesabaran. Kesabaran bermakna kecekalan hati yang sedia terikat pada yang lain sebelumnya. Ketabahan juga sangat-sangat diperlukan di saat ini dalam menghadapi satu ujian yang membolehkan sebuah hati perempuan itu tergugat mahupun berubah.

Hari ini..selepas berhari-hari berminggu dan berbulan-bulan dan mungkin mencecah setahun, aku masih tega pada seorang rakanku,  tetap sebagai rakan..

Sebuah kisah ini bukan la aku mahu memburukkan sesiapa atau memuji sesiapa.. tapi ingin aku luahkan di sini betapa aku tidak suka menjadi yang ketiga apabila aku sudah punya pilihan bahawa aku adalah yang pertama dalam hidup orang lainnya.

Aku kenal budak bawah umur ni (aku memain cakap bwh umur sbb dia muda dari aku) masa memula beliau datang ke negeri Perlis yang permai lagi mempersona ini.. Masa tu aku pun masih kerja bidang yang sama.. tapi aku tengok dia ni poyo gelabah menda tah.. pastu tak cakap dengan orang (eh sombong plak budak bawah umur ni).. aku terjumpa dia masa job di istana.. Dahla hang baru kat sini, pastu buat tak cakap dengan orang. Penampaq satg ilang muka serius hg tu.. hahaha..

Sebelum beliau datang aku penah diberitahu oleh rakan kerja aku yang mengenali beliau bahawa beliau akan datang ke sini. Kata rakan sekerja aku tu, budak ni hensem.. boleh ar buat stok2 hang kan.. (ceh hampeh.. hg igt aku minat sangat lelaki hensem?? bf aku pun biasa2 ja ) aku kata, oii plz la..kenai pun tak nk buat stok aku apa bendanya, sesuka hati nak buat gosip.

Okeh gosip tu tak terjadi masa mula2 beliau datang.Sebab aku tak heran langsung dengan beliau walaupun rakan kerja aku yang sorang ni dok bunyi2 nak kenen2kan aku dengan dia. Tp sebab dia tau bdk bwh umur tu ada gelpren dia x berani over sangat,,hahaha padan muka.. eh,,aku pun ada boipren nah.. jgn nak memandai!


Entah kurun ke berapa aku mula tegur dan bercakap dengan bdk bawah umur ni, maybe sebab aku ni friendly (friendly okkkay bkn menggatal).. lagipun bdk bawah umur ni bkn taste aku sebab dia kurus dan mmg bawah umur pada aku.. sorryy sangatt..

Aku mula rapat dengan bdk bawah umur ni masa PRU.. tp masa tu bukannya ada apa-apa..hanya sebab aku ni sengal sikit plus beliau pun sengal2 ayam. dalam hati menyampah jugak kdg2 kt mamat ni..

Lepas2 tu aku buat x heran dan buat hal aku mcm biasa til aku masuk keja gomen...tetap bertegur dan bersembang mcm biasa bila terjumpa..masa tu dah dengar gosip2.. dan bila aku rasa dia makin pelik aku mula pelik jugak.. so aku selalu mengelak dan tidak respon  dengan beliau apabila beliau cuba menghubungi aku.. tah kenapa aku pelik.. dua tiga kali jugak la aku buat diam dan tidak bertegur dgn beliau.tapi masa tu beliau tidak memberitahu apa2 lagi...

ohya sebelum tu, aku selalu nampak dia macam tak okay.. tah, macam orang mati bini. monyok dan buat muka macam hantu (hantu pun elok lagi kot). pastu aku borak2 dgn beliau bila terjumpa di tempat keja aku sebab dia datang cover.... bkn la aku menyibuk.. ada la beliau bgtau aku yang beliau gaduh dgn awek beliau yg cun tu... (mmg awek beliau cun n cute). dia x da la ceta semua tapi dia bgtau la punca2nya..aku pun dengar n cuba fahami dan lazimnya sbg kakak2 yang berpengalaman nih (cewahh) aku pun nasihatkan beliau... sebab dari cara beliau cerita tu sebenarnya aku pun macam tuhhh...tapi dulu la time zaman aku tak boleh pikir panjang dan terlalu ikut darah muda panas lagi kan)

Seriously, perempuan memang camtu..sebab aku memang begitu dulu.. tiada apa nak dihairankan cuma terpulang pada si partner bagaimana nak handlenya.. dannnn sebab itu lah taste aku adalah lelaki yang lebih tua daripada aku.. sebab apabila diaorang lebih matang dari perempuan , diorang akan tahu juga bagaimana nak handle.. jangan lupa hokkay mostly perempuan cepat matang daripada lelaki yeee... tapi sematang-matang bopren aku tuh pun tak senang jugak nak handle aku yang perangai cam hampeh kadang2 tuh... mmg kesabaran dia selalu tercabar gilerrr tapi he always stand here .. beside me...walaupun adakala dia give up fed up tahap cipan dengan aku.. sebab aku macam biasa nak jugak aku betul.. tapi bezanya aku cepat marah tapi cepat cool....Namun, kami jarang nak melafazkan kata maaf antara satu sama lain selepas bergaduh.. bukan ego tetapi perkataan maaf yang terkeluar selepas dah reda tu hanya cuba membangkitkan kembali kepanasan tadi...


So lebih baik, boifren aku tu call/sms/whtsapp macam tak ada apa2 berlaku. Sebelum2 ni pun aku tak boleh terima camtu.. aku masih rasa tak puas hati bila boifren aku x mengalah or tak cakap maaf,or tak pujuk aku (dan sememangnya boifren aku tak akan pujuk aku. nisbah 1:10 la dia nak pujuk aku) sehingga kan now kami tetap bersama even bertahun2..walaupun muncul pelbagai dugaan including pihak ketiga yang cuba2 mencelah , tapi lama kelamaan aku dah terbiasa dengan boifren aku yang capang2 ubi nih..dah jadi lali, dan jadi sangat2 memahami antara satu sama lain..

Tipu la kalau tak ada gaduh2 sikit kan.. tetap ada tapi tidak melarat2 sampai timbul tak puas hati yang amat sangat.. maybe jugak faktor umur.. helo aku dah berusia 27 tahun dan bukan bawah umur lagi dah,.,boifren aku pun dah 29.. tak kan nak gaduh2 macam bdk sekolah lagi tak?? Jadi, cuba ambik pendekatan makin gaduh makin kita nak tengok muka dia.. dan bukan menanamkan rasa benci..


Okay berbalik kepada bdk bawah umur tadi (hehehe., sorry).. penat aku bebel kat dia..perempuan mmg bgtu begini.. tapi tah bilanya diorang tak sehaluan.. aku pun dengar la dua tiga kali dia bgtau dia dah tak ada apa2 dengan gadis kurus cun tu... hmmm.. hmm..so mgkin la kan situasi diorg tak sama macam situasi aku.. aku pun ada cakap, cuba lah ok kan semula hubungan korang tuh.. sayang sgt sebab dah lama kawan kenal dan family semua dah tahu.. dan aku pun opkos la tetap mendoakan kebahagiaan kawan2...tapi tak tahu la

Selepas tu aku tengok diorang ok juga tapi sebagai kawan. Entah celah mana aku pun tak tahu tetiba beliau meluahkan perasaan pada aku,, Eh aku erkkk...macam terkejut dan menjauhkan diri.. Sebab aku tak suka orang minat kat aku apatah lagi sedia maklum aku dah ada boifren kannnn.. Tapi beliau nih even aku tak respon tak balas tak jawab call, maintain ja ada SMS beliau... dan macam biasa aku biarkan ia tidak berbalas..


Mungkin lama kelamaan aku tak lepas jugak nak kena hadap beliau apabila berurusan jadi aku baik semula dengan beliau sampai sekarang even ada la beberapa kali aku buat tak tau dan menyampah dengan beliau.. aku kalau kurang berkenan apa2 mmg tak cakap banyak, buat dono terus! Tapi bagaimana pun hati aku masih kuat dan kental sebab aku pun dah makin serius dengan boifren aku. Kitorang dah bertunang dan akan kahwin penghujung November ni.. Aku happy sangat2 dan mendoakan jodoh aku dan tunang aku nih kekal hingga ke syurga.. Tapi pada masa yang sama masih menjadi pendengar yang baik untuk bdk bawah umur yang aku label mungkin #bff aku jugak.

Btw to my #bff.. Aku doakan hang akan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini. Bunga bukan sekuntum dan walaupun kuntuman tu tak sama tapi pasti ada yang akan melekat di jiwa kumbang hang tuhhh. cepat atau lambat jaa.....dan percaya lah pada qada dan qadar.. aku pernah melalui kehidupan yang jauh lebih berliku daripada ini.. goodluck..!